Al-Kafiah, Al-Kalimah
الكلمة
Kalimah
Mengapa Musonnif tidak mulakan dengan kalam dahulu sebaliknya
dimulakan dengan kalimah dahulu?
- Jawapan: Kerana kalimah itu mufrad (tunggal) dan kalam itu murakkab (tersusun dari dua atau lebih kalimah). Oleh itu patutlah mufrad itu disebutkan dahulu sebelum murakkab
Empat jenis Alif Lam
Alif lam itu ada dua jenis: Alif Lam Ismi dan Alif
Lam Harfi
- Alif Lam ismi adalah Alif Lam yang masuk kepada sighah isim Fa’il dan Isim Maf’ul. Seperti الضَّارِبُ dan المَضْرُوْبُ. Alif Lam ini berfungsi sebagai isim Mausul الَّذِيْ.
- الضَّارِبُ = الَّذِيْ ضَرَبَ “orang yang dia telah memukul”
- الْمَضْرُوْبُ = الَّذِيْ ضُرِبَ “orang yang dia telah dipukul”
- Alif Lam Harfi adalah yang selain Alif lam Ismi. Ia terbahagi kepada dua:
- Alif Lam Zaaid (زَائِد). Jika Alif Lam ini dihazafkan dari isim, maka tiada perubahan pada maksudnya
- Alif lam Ghair Zaaid (غير زَائِد). Jika Alif Lam ini dihazafkan dari isim, maka rosak maknanya. Contohnya pada ayat الرَّجُلُ قَائِمٌ , jika hazaf Alif Lam maka hilang makna ma’rifahnya dan hilang makna Mubtada-Khabar (Lelaki itu berdiri), dan menjadi pula susunan kalimah ini kepada makna Mausuf-Sifat (Lelaki yang berdiri). Alif Lam Ghair Zaaid ini terbahagi kepada empat:
- Alif Lam Jins: Alif lam yang bila masuk kepada isim, akan mendatangkan makna jenis Afrad isim itu dan bukan individunya Afrad itu. Contoh الرَّجُلُ خَيْرٌ مِنْ الْمَرْئَةِ “(Bangsa) lelaki adalah lebih baik dari (bangsa)wanita”
- Alif lam Istighraqi استغراقي : Alif Lam yang memaksudkan kepada semua Afrad isim tersebut. Contohnya وَ الْعَصْرِ, إِنَّ الإِنْسَانَ لَفِيْ خُصْرٍ “Demi masa, sesungguhnya semua insan itu dalam kerugian”. Begitu juga bagi الحمدُ للهِ.
- Alif lam ‘Ahduz Zihni عهد الذهن: Alif lam yang masuknya kepada isim untuk memberi makna kepada sesetengah afradnya sahaja dalam fikiran pengucap (khusus), tetapi pada pendengar tiada pengkhususan baginya. Contohnya lafaz “serigala” dalam surah Yusuf yang ada dalam fikiran nabi Ya’kub adalah terkhusus kepada serigala yang ada dalam fikiran baginda sahaja, namun bagi pendengarnya yang lain, “serigala” itu tidak khusus kepada serigala tertentu.
- Alif Lam Ahdul Khoriji عهد الخرج : Alim Lam yang masuk kepada isim yang ditetapkan kepada sebahagian afrad bagi Mutakallim dan Pendengar.
Pengkhususan lafaz Alif Lam pada matan (الكلمة)
Alif Lam ini adalah Alif Lam Harfi, Ghair Zaaidah. Ia
mungkin adalah:
- Jinsiyah, namun dengan sebab adanya ta’ wahdah pada hujung lafaz الكلمة yang membawa makna ‘satu’ maka ada percanggahan kerana Alif Lam Jinsiyyah menunjukkan kepada banyak sedangkan ta’ wahdah pula menunjukkan kepada satu/khusus. Oleh itu perlu diketahui wahdah ini ada tiga jenis:
- Wahdah Fardhi/Syakhsi seperti ريد atau فاطمة.
- Wahdah Jinsi seperti امرءةٌ atau رجلٌ.
- Wahdah Nau’i seperti انسان
Oleh itu percanggahan disini hanya sabit jika ta ini adalah ta wahdah fardhi. Namun tiada percanggahan jika ia adalah ta’ wahdah Jinsi atau Nau’i.
- Ahdi Khoriji yang dimaksudkan kepada الكلمة yang dimaksudkan oleh ulama nahu dalam ilmu Nahu.
Tahqiq الكلمة
Ada dua mazhab dari sisi ulama-ulama nahu. Sesetengah Ulama
berpendapat كَلِمَةٌ adalah isim Musytaq yang mana Musytaq Minhu-nya adalah كَلْمٌ yang maknanya
“mencederakan”. Kedua-dua lafaz ini mutabaqah dari segi lafzi (iaitu huruf asli
ك ل م) dan maknawi (iaitu makannya “mencederakan”). Pendapat dari
sebahagian Ulama yang lain pula adalah, كلمة adalah isim Jamid.
Lafaz كَلِمٌ adakah ia isim jamak atau isim jins
Sebahagian ulama nahu berpendapat ia adalah Isim Jamak kerana
ia di-itlaq-kan kepada perkara yang lebih dari dua. Jumhue Ulama pula berkara
ia adalah isim Jins yang di-itlaq-kan kepada qolil dan katsir. Dalilnya dalam
al-Quran إليه يَصْعَلُ الكلمُ الطَّيِّبُ و عَمَلُ الصَّالِح “Akan naik
kepadanya kalimah yang baik…”, Jika kalimah ini adalah isim Jamak, maka sepatutnya
ayat ini dilafazkah samada يَصْعَلُ الكلمُ الطيّبة atau تَصْعَلُ
الطيّبات. Oleh itu disimpulkan di sini bahawa ia adalah isim Jins.
Comments
Post a Comment