Al-Kafiah, Basmalah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Penulis kitab, Allamah Ibnu Hajib R.A memulakan kitabnya
dengan بسم الله الرحمن الرحيم kerana ada tiga sebab:
- Kerana mengikuti (اقتداء) Al-Quran, kerana Al-Quran itu sendiri dimulakan dengannya.
- Kerana mengikuti Hadis Nabi S.A.W iaitu, “Setiap urusan yang penting (ذي بالٍ) yang tidak dimulakan dengan Basmalah, maka urusan itu menjadi cacat”.
- Kerana mengikuti Safussolihin sepertimana disebut, “Kebaikan itu adalah bersama Akabir (orang-orang yang besar) kamu”.
- Mengapa tidak mengikut sepenuhnya iaitu Basmalah bersama Hamdalahnya?
- Jawapan: Beliau mengikut Al-Quran secara Nuzulnya iaitu “Bismillahirrahmanirrahim, Iqra’ bismi robbika …”.
- Jawapan: Hadis yang menyebut pembacaan Basmalah dan Hamdalah pada urusan penting ini adalah secara umum amalannya (tidak spesifik kepada penulisan Basmalah dan Hamdalah). Maka boleh diterima andaikata beliau sebutkan Hamdalahnya secara lafaz sahaja.
- Jawapan: kerana Kasru Nafsi (Menzahirkan Kerendahan Diri) iaitu Beliau tidak merasakan penulisan beliau ini tidak sampai tahap Zi Balin.
Comments
Post a Comment